Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Teluk Kemang

Assalamualaikum,

Semua ahli Dewan Pemuda PAS Teluk Kemang dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Kemang yang akan bertempat di PASTI At-Taqwa, Hari Ahad, 4 April 2010. Majlis insyaAllah akan bermula selepas solat maghrib.

Setiap cawangan dibenarkan menghantar maksima 5 orang wakil. Mereka yang lain dibenarkan menjadi pemerhati.

Bersama memperkasa Jemaah Islam

Satu Pemergian: Saudara Anwar bin Abdullah

Dewan Pemuda PAS Teluk Kemang mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga Allahyarham Anwar bin Abdullah atas pemergian beliau pada 1 mac 2010.

Beliau merupakan antara karakter utama kawasan Teluk Kemang penghujung tahun 90-an dan seterusnya. Beliau adalah antara orang yang bertanggungjawab menubuhkan dan mengurus PASTI As- Syuhada Taman Sri Tanung, dan juga antara yang bertanggungjawab membuka Madrasah Tahfiz di Taman Selasih.

Semoga Amal jariah yang beliau lakukan semasa hidup akan terus menerangi kubur beliau di alam barzakh.

Ya Allah, ampunkanlah beliau, rahmatilah beliau, kasihanilah beliau, dan golongkanlah beliau dalam golongan mu’minin.

Alfatihah…

Analisa asas PRK Bagan Pinang

Banyak pihak telah bercakap-cakap. Hatta Prof Aziz Bari juga telah memberi komen dari aspek kesan terhadap perlembagaan dan sebagainya.

Bagi saya, dari sudut pandang bloggers hingga ke pimpinan PR tertinggi, juga para akademik, yang saya lihat pandangan yang dibuat itu tidak mengambil kira pandangan penduduk Bagan Pinang. Adakah para pimpinan ada turun ke Bagan Pinang sejak malam pengumuman hingga ke hari ini, untuk bertanya. Adakah para akademik hadir sebelum, semasa, terutamanya selepas pilihanraya selepas berlaku satu landslide kepada UMNO?

Perkara ini sangat mudah. Datang ke Bagan Pinang, dan tanya pakcik makcik yang mengundi. Mudah, dan itulah yang saya banyak lakukan sejak satu dua minggu ini.

“Pakcik, kenapa PAS kalah”
“Makcik, kenapa makcik tak undi PAS”
“Uncle, apa pasal tak undi PAS”

Jawapan nya mudah:
“Kita tak kenal calon PAS”
“Calon PAS tak bercakap. Aku pergi ceramah PAS, nak dengar calon PAS cakap, tapi dia cakap 5 minit saja. Aku pun tak tau apa dia nak buat kat Bagan Pinang”
“Tak boleh la undi PAS, nanti ada orang datang rumah”

Bagi orang awam yang tak ramai pun golongan terpelajar di Bagan Pinang, isu RASUAH bukan satu perkara besar. Isu kebersamaan/perselisihan Pakatan Rakyat tidak pernah diambil kira (immaterial). Ia berbalik kepada isu CALON.

Saya bukan mengatakan calon PAS tidak baik. Ya, calon PAS kompeten dan sebagainya. Masalahnya, orang ramai TIDAK KENAL calon PAS. Maka orang lebih selesa mengundi orang yang dikenali, daripada mengundi orang yang tidak dikenali.

Ini bukan isu Zulkefly Omar orang luar. Saya berpendapat, kalau diletakkan TG Nik Aziz di sini, ada kemungkinan besar undi akan meningkat. Kenapa? Orang kenal TGNA walaupun dia tak kenal orang.

Antara modal BN dalam berkempen (selain menggunakan samseng dan gangster) adalah “Calon PAS tu dah kena rejek berkali-kali di Lenggeng. Buat apa kita pula nak ambil dia”. Mudah. Bagaimana PAS hendak menghadapi kempen BN yang sebegini? Sukar.

Bagi saya PAS Pusat harus melihat kembali bagaimanakah prosedur/ polisi kita memilih calon untuk pilihanraya. Cukupkah dengan sekadar istikharah (dengan tidak merendahkan nilai istikharah) pimpinan, atau mungkin perlu dijelaskan apakah ciri-ciri calon yang baik, agar proses itu lebih jelas dan telus.

Komen seorang kawan dari UMNO Teluk Kemang “Kalau orang yang kami tak kenal pun korang boleh dapat 2500, bayangkan kalau letak calon yang orang sini kenal. Mungkin 4000″

Ya, semuanya kemungkinan. Tetapi bukankah kemungkinan itu potensi yang perlu diterjemah kepada kertas undi?

Seperti kata pepatah, TAK KENAL MAKA TAK CINTA (UNDI).

Pasca PRK N31 Bagan Pinang

Semalam, pihak DPPTK telah mengadakan mesyuarat bulanan, pertama pasca PRK N31 Bagan Pinang. Meskipun PAS telah tewas dalam PRK tersebut, DPPTK insyaAllah akan terus bekerja dan meningkatkan lagi usaha ke arah menyampaikan mesej dakwah kepada penduduk kawasan Teluk Kemang.

Pelbagai cadangan baru telah dilontarkan kepada para AJK, dan insyaAllah kami akan ambil kira. Kami juga akan mengadakan mesyuarat Post Mortem pilihanraya dalam masa yang terdekat bagi menilai kembali kedudukan DPPTK di samping menganalisa strategi-strategi yang diaplikasi pada PRK yang lalu, serta langkah ke hadapan agar segala kelemahan dapat diperbaiki. Segala komen dan nasihat dari para pembaca amatlah dialu-alukan.

Antara yang telah dikenal pasti untuk diperbaiki secara terus adalah Unit Politik, Unit Penerangan, Unit Tarbiyah dan Unit Amal. InsyaAllah.

Sekian, seeru ala barakatillah

Kenyataan Media PAS N31 Bagan Pinang 7 Oktober

Kenyataan Media PAS N31 Bagan Pinang 7 Oktober


Kenyataan Media PAS N31 Bagan Pinang

7 Oktober 2009

1.       Terima kasih kepada semua pihak media kerana melaporkan  membuat liputan media secara adil tentang perkembangan calon kita Zulkefly Mohamad Omar dan aktiviti kempen Pakatan Rakyat.

2.       Pagi ini, saya tidak bercadang mengulas apa lagi amalan rasuah Umno BN kerana ia sudah menjadi rahsia umum kita semua. Saya bercadang menjelaskan soal ketidakupayaan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Umno sendiri menawarkan pembangunan hakiki untuk kepentingan rakyat. Semuanya palsu belaka.

3.       Antara contoh yang begitu dekat dengan rakyat di sini, adalah isu penjualan 1,250 ekar tanah yang dicadangkan oleh dijadikan kandang babi moden suatu ketika dahulu, waktu meletusnya isu JE. Kerana tiada upaya menguruskan kerajaan, Isa sewaktu menjadi Menteri Besar sanggup memperdagang tanah cadangan itu di kalangan beberapa pemimpin Umno sehingga nilainya menjadi RM8,500 perekar. Pemimpin MCA tempatan juga mendapat habuan dari ketidakupayaan Isa mentandbiar ini apabila harganya melonjak 17 kali ganda menjadikannya 145,000 per ekar; sebelum benar-benar dibangunkan kandang moden itu. Laporan lanjut boleh dilihat sendiri dalam Malaysian Mirror.

4.       Seterusnya, isu pemilikan beberapa pantai 1, 2 dan 3 di sepanjang Port Dickson oleh beberapa pemilik hotel dan sebagainya. Sedangkan tanah pantai tidak boleh dimilikindividukan oleh mana-mana pihak. Tuan Puan boleh melihat sendiri privatasi pantai di Hotel Mayangsari dan Bayu Beach Resort. Inilah yang disebut pembangunan palsu. Pembangunan palsu disebabkan ketidakupayaan pemimpin mengamalkan integriti atau melaksanakan rasuah dalam urus tadbir kerajaan.

5.       Pendedahan ini tidak boleh dianggap diletakkan pada peribadi Isa sahaja, sedangkan di belakang Isa ini terdiri oleh kroni-kroni Umno yang lain. Apa yag ingin saya katakan, Isa sebenarnya tidak mampu menguruskan urus tadbir  yang baik. Rasuah juga disebabkan Isa tidak mampu menyelesaikan beberapa pendedahan yang disebut ini; dll.

6.       Pencalonan Isa yang dilihat tidak berkeupayaan membawa pentadbiran yang lebih integriti, kerana Umno sendiri tidak serius menangani rasuah. Lembaga Disiplin Umno sebenarnya menggantung keahlian Isa beberapa tahun lalu disebabkan isu rasuah. Tiba-tiba Umno juga mencalonkan Isa yang sebenarnya dilihat khalayak tempatan sebagai tidak mampu.

7.       Rasuah itu sebenarnya sarat dilakukan dalam Umno BN. Sebab itu, ianya menatijahkan suatu kepalsuan. Umno tidak mampu menangani rasuah. Isa juga dilihat tidak mampu menunjukkan kepemimpinan yang lebih integriti dan bermaruah. Sesiapa disini mampu mengatakan bahawa apabila Isa menang di Dun Bagan Pinang ini, beliau mampu menangani permasalahan integriti dan rasuah ini.

8.       Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Rasuah berleluasa kerana pemimpin tetap diberi sokongan walaupun tetap terbabit.” Sebab itu, kita berasa label Isa sebagai ikon pembangunan palsu itu sesuatu yang tepat.

9.       Atas pertimbangan ini, saya fikir pengundi perlu menganggat pemimpin yang berkemampuan serta berintegriti; agar rakyat benar-benar mengecapi pembangunan yang hakiki, bukan pembangunan palsu. Calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar boleh menjadi alternatif pada kepemimpinan Dun Bagan Pinang.

10.   Bersama kehendak rakyat!


Salehuddin Ayub
Naib Presiden PAS

Majlis Ceramah PAS di Bagan Pinang

Sambutan Ulang Tahun ke 2 Pas For All.Di Ladang Siliau,Port Dickson.

Majlis Penerangan Pakatan Rakyat di N31 Bagan Pinang.


Zulkefl Omar vs Isa Samad di Bagan Pinang

Semalam, kedua-dua belah pihak telah pun mengumumkan calon masing-masing. PAS akan meletakkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang juga seorang graduan dan lulusan Universiti menentang Bekas Naib Presiden UMNO yang dilucutkan jawatannya kerana aktiviti Politik Wang.

Gambar-gambar pencalonan boleh dilihat di laman baganutama.blogspot.com

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.