Himpunan ISA: Mohon bantuan pembedahan Unit Amal Pulau Pinang
Ditulis oleh Wartawan Kita   
SUNDAY, 02 AUGUST 2009 05:10
 
 

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Pengumuman Mohon bantuan SEGERA!diperlukan RM10,000 untuk biaya rawatan dan pembedahan Saudara Razak bin Wahab unit Amal Pulau Pinang yang kritikal di Hospital sungai Buloh, selepas bas yang mereka naiki untuk bertugas di himpunan MANSUH semalam kemalangan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Himpunan MANSUH, Kamaruzzaman Mohamamd juga memohon tindakan segera sumbangan dari penyokong PAS terutamanya untuk menapung kos pembedahan saudara Razak yang dijadualkan hari ini.

Keadaan Razak selepas dua hari ini sangat kritikal dan perlu dilakukan pembedahan dengan kadar yang segera, katanya yang melawat mangsa lewat petang semalam.

“Beliau (Abdul Razak) mengalami kecederaan yang melibatkan tulang belakang, hati dan paru-paru. Sehingga semalam kedua-dua kaki beliau masih tidak dapat bergerak,

“Manakala seorang lagi (Abdul Wahab) mengalami kecederaan kepala. Doktor yang merawatnya akan melakukan pembedahan jika hasil pemeriksaaan semula diperlukan,” jelasnya ketika dihubungi.

Semalam, dua anggota Unit Amal ini turut diziarahi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Tantawi dan Pengerusi GMI, Tuan Syed Ibrahim Syed Noh.

Sumbangan anda boleh disalurkan ke Akaun Pemuda PAS Pulau Pinang, BIMB – 07016010059732.