Alhamdulillah, Program Motivasi Guru-Guru PASTI TK telah pun selamat dijalankan di Gunung Datuk, Rembau. Program ini adalah anjuran Majlis Guru PASTI, dibantu Dewan Pemuda Kawasan dan Unit Amal. Program ini turut menerima penyertaan dari guru-guru PASTI dari kawasan yang berhampiran seperti Tampin.

Program dimulakan dengan Tazkirah selepas solat maghrib berkenaan Perang Ahzab. Aspek yang diteliti adalah sifat optimis Rasulullah dan para sahabat dalam menghadapi situasi yang kritikal tersebut. Selepas Isya’, peserta dan dikeluarga ditayangkan Filem Laskar Pelangi, sambil menjamu selera.

Hari kedua diisi sepenuhnya dengan ceramah motivasi oleh penceramah motivasi bertauliah jemputan. Sebelah petangnya, perbincangan diadakan antara Pengerusi PASTI Kawasan bersama para peserta, dengan tujuan mengoptimakan potensi PASTI dalam TK. Sebelah malamnya, program diserikan dengan kehadiran Ust Fuad selaku Ketua Lajnah Tarbiyah N9, dan kuliah beliau bertajuk Tasawwur Tarbiah Islamiah Harakiyah.

Selesai kuliah dan solat isya, peserta dan dikeluarga disajikan dengan makan malam dan ayam panggang barbeque, disediakan oleh sahabat-sahabat dari Unit Amal.

Pagi ahad, para guru bersama dengan wakil DPPTK melakukan aktiviti trekking mendaki Gunung Datuk. Alhamdulillah, aktiviti tersebut berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang membantu kami sepanjang program berlangsung. InsyaAllah, kami mengalu-alukan sebarang maklum balas agar segala kelemahan yang wujud dapat diperbaiki, dan juga supaya apa jua kecemerlangan dapat dikekalkan.