Sebenarnya, perkara ini bukanlah pertama kali didengar. Sebelum ini, pada PRU12 2008, berita yang hampir sama turut tersebar, di mana wang RM50 palsu turut diagih-agihkan. Ada suara-suara sumbang mengatakan yang pihak tertentu yang diberikan peruntukan untuk pilihanraya, sebaliknya menggunakan wang tersebut untuk mencetak wang palsu, yang tentunya lebih murah. Dengan itu, segala lebihan dapat masuk kocek sendiri. Wallahua’lam

Hayati berita di bawah dari Malaysiakini/ Bernama

Wang palsu RM100 untuk undi BN

Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

“Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama “wang” berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi “tolong undi calon BN”.

“Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan,” katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.

“Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini,” katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.
BERNAMA